SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Buy Dutch Product Last!!

Di tulis oleh Encik Anif 30 March 2008

Majoriti anggota UNHRC lulus ketetapan kutuk pihak peralat media Barat

GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan satu ketetapan mengutuk tindakan segelintir pihak memperalatkan media bagi menghina Islam. Ketetapan itu disokong 21 daripada 47 negara anggota manakala 14 negara berkecuali dan 10 lain membantah.

Agensi PBB itu dikuasai negara Arab dan Muslim yang memberi sokongan penuh di atas ketetapan itu manakala negara lain seperti Eropah dan Kanada, membantahnya. "Majlis ini mengecam penggunaan media yang dijadikan alat mencetuskan keganasan, rasa takut dan benci serta kekejaman lain ke atas Islam," kata kenyataan itu.

Fitna: Staf laman web Liveleak.com terima ugutan

THE HAGUE 29 Mac – Sebuah laman web hari ini mengeluarkan filem anti- Islam terbitan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders daripada siaran di Internet selepas kakitangannya menerima ugutan bunuh. Liveleak.com yang berpangkalan di Britain menyatakan, pihaknya telah mengeluarkan rakaman video yang masih boleh dilihat di laman web lain termasuk youtube.com. itu.

“Liveleak.com tidak ada pilihan lain kecuali mengeluarkan Fitna dari pelayan ekoran ancaman serius terhadap kakitangan kami dan laporan kurang tepat sesetengah media Britain yang boleh memudaratkan kami,” tegas kenyataan laman web itu hari ini.

Filem Wilders menunjukkan imej serangan pengganas di New York dan Madrid diselangi dengan petikan ayat- ayat suci al-Quran. Belanda telah menolak filem itu dan pemimpin Islam di negara ini menyeru semua pihak supaya bertenang.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya memulaukan produk Belanda sebagai bantahan berkesan berikutan filem, Fitna, yang mengkritik al-Quran dan disiarkan di internet.

Beliau berkata, pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar. Semua 1.3 bilion umat Islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam lebih daripada keperluan individu.

“Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini semalam.

Sebenarnya Geert Wilders sememangnya tahu bahawa filem itu akan mencetuskan kontroversi dan reaksi daripada seluruh umat Islam. Dalam keadaan ini, Wilders seolah-olah ingin mengesahkan bahawa umat Islam adalah pengganas berdasarkan reaksi yang akan diberikan.

Jika umat Islam seluruh dunia melancarkan serangan, ugutan dan demonstrasi ganas ke atas kepentingan Belanda di seluruh dunia, Wilders memang berjaya mengesahkan "Teori" tersebut bahawa umat Islam adalah extremis dan pengganas.

Pendekatan ekonomi sebenarnya lebih sesuai untuk menunjukkan penyatuan Umat Islam, boikot produk Belanda adalah satu idea baik berbanding membuat demonstrasi dihadapan kedutaan Belanda.

Produk buatan Belanda boleh dikatan telah menguasai Malaysia sejak dahulu lagi. Antara syarikat Belanda yang beroperasi di Malaysia ialah Shell, Unilever, ING, KPMG, TNT, Getronics dan lain-lain.

Unilever adalah pengeluar barangan pengguna, antara jenama popular di bawah Unilever ialah Jif, Lady's Choice, Lipton, Mazola, Marmite, Wall's, Planta, Skippy, Rexona, Sunsilk , Vaseline, Pond's, Lux dan Breeze.


Shell juga antara Syarikat Belanda yang terlama beroperasi di Malaysia, rasanya tahun lepas adalah tahun ke 100 mereka beroperasi.


Pengeluar barangan elektrik terkenal. Tapi produk utama yang sentiasa digunakan adalah mentol. Dari mentol kalimantang dan mentol "energy saving" yang terbaru. Rasanya hampir semua kediaman di Malaysia menggunakannya.

Bermula minggu ini anda semua sudah boleh memulakan kempen boikot barangan buatan Belanda dengan skala yang terpaling kecil seperti tidak lagi meminum teh Lipton ataupun tidak menggunakan sabun Lux untuk mandi atau pun tidak mengisi minyak di stesyen Shell. Semoga tindakan ini berjaya memberi tekanan kepada kerajaan Belanda supaya menjadi lebih sensitif terhadap umat Islam.

0 Responses to Buy Dutch Product Last!!

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive