This official, Akhirnya portal yang selama ini di tunggu-tunggu telah pun di "online" kan secara rasminya oleh pihak sekolah. Terima kasih kepada Team Inovasi "The Spider" yang telah berusaha sebaik mungkin menjayakan projek ini.



Portal ini boleh di akses di sini. Silalah beramai-ramai me"register"kan diri anda. Mari menyokong usaha murni pihak sekolah :D

Lagu Sekolah

Di tulis oleh anif® | Friday, June 26, 2009

Lagu Sekolah


Putera puteri Sekolah Teknik (Vokasional) Perdagangan
Menuju kearah keunggulan mutu
Seiring jalan setia kawan
Cinta ibubapa dan hormatkan guru

Berdisiplin sepanjang masa
Keimanan juga perpaduan
Belajar dan berusaha
Agar hidup kita berjasa

Putera puteri Sekolah Teknik (Vokasional) Perdagangan
Menuju kearah keunggulan mutu
Seiring jalan setia kawan
Cinta ibubapa dan hormatkan guru

Kebersihan paling utama
Bersopan santun budi mulia
Bersatu padu buang sengketa
Agar negara maju jaya

Putera puteri Sekolah Teknik (Vokasional) Perdagangan
Menuju kearah keunggulan mutu
Seiring jalan setia kawan
Cinta ibubapa dan hormatkan guru


Masa Dagang belum jadi Teknik, - "Putera puteri Sekolah Vokasional Perdagangan". Bila dah jadi Teknik - "Putera puteri Sekolah Teknik Perdagangan". Ada perubahan sedikit aje.

Kalau tak silap, Lirik lagu tue Ustaz Said yang cipta. Al Fatihah buatnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Anak Aku Artis

Di tulis oleh anif® | Friday, April 24, 2009

The Media Hustler second telemovie, "Anak Aku Artis" starring Didie Alias, Dina (Malaysian Idol), and Tam Suhaimi. Watch it on Astro Ria CH104!

Mini Reunion Batch 90/91 @Austin Hills Golf Resort

Di tulis oleh anif® | Wednesday, April 22, 2009

Alhamdulillah walaupun tanpa perancangan rapi dan agak mengejut mereka telah berjaya melakukannya , 7 Mac 2009 di Austin Hills Golf Resort.

Terima kasih kepada Evelyn dan Sumyn Cheng yang berusaha menjadikan mini reunion ini satu kenyataan. Evelyn menetap di Singapura, manakala Sumyn dari Kuala Lumpur, haa kalau tak de Facebook susah jugak nak buat arrangement! Majlis menjadi lebih meriah dengan kehadiran warga XSMVPJB paling jauh iaitu Foong Min Nee sekeluarga dari UK yang secara kebetulan sedang bercuti ke Malaysia (Balik kampung).





Si Evelyn dan Sumyn berjaya memujuk Cikgu Adam "join sekali". Entah apa di temberangnya sehingga Cikgu Adam bersetuju walaupun dia agak sibuk pada hari itu :D Ketika sampai di Austin Hills Cikgu Adam baru sahaja menjumput anaknya dari kelas tiusyen. Apa-apa pun, terima kasih kepada Cikgu Adam yang begitu "sporting" melayan kerenah anak-anak murid tua ini :D





Cuma kesian la kat "Hubby" (Peter) Min Nee sebab bila kita semua cakap melayu dia blurrr! hehe. Tapi Aku layan gak Si Peter nih takut² dia blur memanjang, tapi betul la Mat Salleh nih "perspective" dia lain sikit. Maksud Aku mereka lebih "concern" tentang "climate change" dan "global issue". Boleh tahan peramah jugak Mat Salleh nih!

Kepada semua batch 90/91 yang tak dapat join pada hari tersebut atau tak dapat invitation, maaf sebab planning nih tak cukup rapi dan agak mengejut. Meeting pun guna Facebook. Walaubagaimana pun acara ini memang meriah dengan gelak ketawa bila teringat dan "flashback" kisah dulu-dulu sewaktu di sekolah. Dan memang di sengajakan, Evelyn ni boleh pulak bawa gambar lama-lama masa di sekolah dulu, lagilah meriah!!!

Pada batch-batch lain yang ada perancangan untuk buat reunion jangan lupa bawa gambar-gambar lama, majalah sekolah dan sebagainya.. Tentu meriah majlis kamu nanti!!



Lagu Sekolah

Di tulis oleh anif® | Tuesday, March 31, 2009

Dapat rakaman lagu sekolah ni dari Encik Arizzal sejak dari tahun lepas lagi! Cuma tak berkesempatan untuk meng "edit" dan meng "convert" formatnya. Bagi rakan-rakan yang telah lupa lagu sekolah macam mana bunyinya, silalah dengar :D


video


Sekali sekali dengar lagu sekolah sendiri ok pe.. Anyway please enjoy!

Puteri Umno Johor Bahru

Di tulis oleh Yan | Sunday, March 29, 2009


Personaliti Puteri: Strategi, program tarik generasi muda mesti dinilai semula



Azura Mohd Afandi

  • Nama: Azura Mohd Afandi
  • Umur: 29 tahun
  • Asal: Johor Bahru
  • Bahagian: Johor Bahru

    SAYAP Puteri masih tidak terlewat untuk berazam menjadikan perhimpunan kali ini sebagai ruang muhasabah diri dan lebih memfokuskan kepada pengisian untuk menarik pengundi muda bagi memastikan Umno kembali kukuh dan menang pilihan raya akan datang.

    Harapan itu disuarakan perwakilan Puteri Umno Johor Bahru, Azura Mohd Afandi yang jelas tidak mahu terus kecewa apabila sesetengah pihak mempertikaikan prestasi parti itu pada pilihan raya lalu dan mengaitkannya dengan Puteri.

  • Sumber : Berita Harian (25 Mac 2009)

    Azura ni sebenarnya salah sorang bekas pelajar SMVP/SMTP Batch 96/97. Pernah satu dom dengan saya, Dom Melati masa Form 5. Dom kami tu plak separuh junior separuh lg senior. Tapi kami dari kelas berlainan, klu tak silap dia dulu 5 Pica..

    Azura Mohd Affandi name penuhnya tapi kami lebih mesra memanggilnya Zura Affandi sebab time tu batch kami ade banyak Zura. Kalau diimbas kembali waktu persekolahan dulu.. Zura ni tak banyak kerenah orangnya dan mudah mesra. Juniorpun senang dengan sikap dan personaliti dia. Tak sangka pula sekarang dah jadi Puteri Umno Johor Bahru.


    Gambar dulu waktu zaman sekolah bersama2 rakan dom. (Zura berdiri 3 dari kanan, yg paling tinggi tula)

    Wachaaaaaaaaa New Layout

    Di tulis oleh anif® | Friday, March 27, 2009

    Dah lama tak buat apa-apa pada "layout" ini. Kali terakhir dikemaskini rasanya awal tahun 2008. Tujuan utama mengemaskini blog ini ialah untuk membersihkan dari "widget" yang tak digunakan dan yang kurang efektif i.e melambatkan "page loading".

    Setelah menghabiskan sehari suntuk semalam mengemaskini layout blog, inilah hasilnya, sekarang "loading" lebih pantas dan kurang semak berbanding dulu. Enjoy!


    Anak2 sedare SMTP batch 96/97

    Di tulis oleh Yan | Sunday, March 15, 2009

    Salam semua,

    Ni saje saya nak kongsi beberapa keping gambo produk SMTP 96/97 hahaha.. takdela.. ni gambo anak2 x-SMTP 96/97.. Well yg tertulis pada setiap gambo tu name ibu/bapanye tau bukan name anaknyer.. Apa yg ada ni pun tak update sebenarnye.. sekadar yg ada dalam simpanan group kami..

    So harap enjoy tgk gambo anak2 yg sedang meniti hari ini... comey2 belaka kan?.. Moga mereka besar sok..jadik warga yg cemerlang, gemilang dan terbilang.. mane tau salah sorang nanti bakal jd pelajar SMTP juger..




    Referrer