SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Jumaat, Masjid & Pisang

Di tulis oleh Encik Anif 02 April 2008

Kalau diberikan peluang untuk kembali ke masa silam, ke mana kita nak pergi yek? Berdasarkan borak-borak kosong dengan kawan-kawan se “opis” nih.. kebanyakkannya bersetuju zaman yang paling “best” tentunya masa tingkatan 4/5 dan masa lepas SPM. Mungkin pada masa tersebut kita semua baru nak merasa menjadi dewasa, err atau lebih tepat lagi kalau masa tingkatan 4 , masa “honeymoon” sebab peperiksaan SPM lama lagi.

Untuk warga SMVPJB, masa masuk tingkatan 4 umpama berpindah ke alam dan suasana baru. Tekad untuk memajukan diri bermula pada masa itu. Masa paling kritikal adalah sebulan pertama berada di SMVPJB. Ramai diantara rakan-rakan yang tidak serasi dengan cara sekolah berasrama. Ada yang tidak dapat bertahan walaupun untuk seminggu (sehari pun ada!) dengan alasan makanan di dewan makan tak sedap. Tetapi alasan yang paling popular ialah “senior” me “ragging” junior!

Teringat juga masa hari pertama ke sekolah.. ada satu perkara yang aku tak pernah buat.. err pakai tali tie! Bagi mereka yang telah biasa menjadi pengawas atau pustakawan di sekolah lama, mungkin perkara itu tidak menjadi masalah langsung. Tapi bagi aku yang pertama kali mencuba memakai tali tie.. hehe..lima enam kali simpul pun masih tak dapat keseimbangannya. Mujur juga ada seorang senior yang mengajar untuk memakai tapi tie pada masa awal pagi tue.. Bergaya sungguh ke sekolah pagi tue dengan memakai tie buat kali pertama. Terima kasih bro.. Zarith Iman (rasanya nama dia cam nih le) kerana mengajar kami memakai tali tie pagi itu. Jadi siapa cakap senior suka membuli?

Err tentunya kamu semua ingat, semasa kita menjadi junior setiap hari jumaat, pastinya kita akan ke Masjid di Larkin Bomba untuk mengerjakan sembahyang jumaat dan pada malamnya bertempat di surau sekolah diantara waktu selepas maghrib dan sebelum waktu isyak, kita pastinya akan di panggil secara rawak oleh senior dan kemudiannya akan meng “interview” kita tentang “khutbah jumaat”? Antara soalan-soalan yang popular.. apakah tajuk khutbah jumaat hari ini? Apakah isi kandungan khutbah tersebut? Siapa nama imam kat masjid? Dan lain-lain lagi soalan yang masuk akal dan yang tidak terduga dek akal.. Kalau salah jawab atau jawapan itu tidak memuaskan hati bersedialah di “hantam” dengan “segulungan” sejadah di kepala kamu!

Secara umumnya, sebaik sahaja kita menjejakkan kaki ke Masjid tue, maka akan secara “automatik” mata kita akan merasa tersangat mengantuk dan “confirm” lah memang 98% daripada kita akan tertidur di dalam masjid, baik yang junior atau senior. Bagi junior untuk mengelakkan diri daripada kantoi masa interview tue, tajuk khutbah dan perenggan pertama khutbah adalah sanggat penting.. dan selepas itu kalau tertidur pun tak lah takut sangat. Err secara umumnya masa tingkatan 4. kita semua sentiasa dalam ketakutan...err takut ke? Bukan takut la, tapi lebih kepada me “respect” senior. Haha..

Tapi satu perkara yang paling menyeronokkan pada hari jumaat di Masjid itu ialah “Pisang”. Rasanya itulah buah pisang yang paling sedap yang ada di muka bumi dan berjaya di licinkan oleh seluruh warga SMVPJB pada setiap kali berjumaat di situ. Semoga Allah memurahkan rezeki kepada penyedekah pisang tersebut..”Amin”!!!

0 Responses to Jumaat, Masjid & Pisang

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive