23/07/2009 11:23pm
JOHOR BAHRU 23 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengarahkan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru ditutup selama seminggu selepas 59 pelajarnya dikesan mengalami penyakit serupa influenza (ILI).Arahan penutupan tersebut berkuatkuasa mulai esok sehingga Khamis depan.
Kesemua pelajar yang tinggal di asrama sekolah telah dijemput balik oleh keluarga masing-masing sejak semalam.
Difahamkan, pelajar tersebut yang merupakan penghuni asrama menghidap demam sejak semalam dan telah mendapat rawatan di hospital berhampiran. - Bernama
Harap² semuanya selamat di sana.. Macam² penyakit sekarang nih!