SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Betulkan Sikap Terhadap Sekolah Berasrama Penuh

Di tulis oleh Encik Anif 04 December 2006

-Utusan Malaysia


PERTAMANYA, berlumba-lumba untuk memasuki asrama penuh adalah suatu yang tidak wajar. Janganlah beranggapan bahawa kejayaan hanya terjamin dengan memasuki sekolah berasrama penuh.

Sekolah berasrama penuh mempunyai fungsi tersendiri dan bukan matlamatnya untuk menampung semua pelajar cemerlang. Hakikatnya pelajar-pelajar cemerlang Malaysia, kebanyakannya bukan Melayu adalah dari kalangan mereka yang tidak belajar di sekolah berasrama penuh. Sementara banyak lagi pelajar cemerlang di kalangan Melayu berjaya melalui sekolah biasa.

Mentaliti mengutamakan sekolah berasrama penuh oleh ibu bapa dan kerajaan tidak wajar diteruskan. Semua sekolah adalah baik dan ibu bapa serta kerajaan bertanggungjawab menjadikan semua sekolah di Malaysia mencapai kecemerlangannya, dan bukan hanya ke atas sekolah berasrama penuh.

Sikap elitis yang mahu menjadikan sekolah berasrama penuh sebagai sekolah elit juga mesti dikikiskan. Cara berfikir yang disemai melalui penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) oleh penjajah yang mahu menggalakkan mentaliti elitis, kelas dan feudalistik mesti dibuang kerana merupakan pemikiran yang tidak adil.

Usaha menggalakkan anak-anak mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan harus dilihat sebagai kejayaannya dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan akan datang. Maknanya kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah persediaan bagi menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara kejayaan dalam PMR adalah untuk persiapan bagi menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Ibu bapa dan anak-anak tidak harus melihat kecemerlangan sesuatu pencapaian peperiksan diberi ganjaran dalam bentuk tempat belajar di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Perlu sentiasa diingat bahawa sekolah berasrama penuh mempunyai peranannya bagi menyediakan tempat belajar dan persekitaran yang baik bagi pelajar yang tidak memiliki tempat sedemikian di rumah mereka.

Umpamanya anak-anak yatim piatu dan anak-anak luar bandar serta golongan susah wajar diutamakan diberi tempat belajar di SBP, dan bukannya anak-anak yang senang dan cukup kemudahan di rumah-rumah mereka. Juga janganlah pencapaian pelajaran tinggi dijadikan syarat utama bagi tempat di situ. Ia harus ditimbangkan dengan faktor lain khususnya keadaan keluarga dan kediaman masing-masing.

Kalaulah seseorang pelajar yang pencapaiannya tidaklah setinggi mana tetapi ia mempunyai potensi, dan hanya terjejas akibat keadaan sosioekonomi keluarga, maka merekalah wajar diberi tempat dalam sekolah berasrama penuh.

Malangnya, imej sekolah berasrama penuh kini berupa tempat belajar pelajar elit. Sedangkan pelajar-pelajar yang keluarga senang tidak harus diberikan tempat kerana rumah mereka menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar. Lebih penting lagi ialah kasih sayang ibu bapa lebih wajar dicurahkan kepada anak-anak remaja yang sedang membesar itu. Jika mereka dihantar ke sekolah-sekolah berasrama penuh, maka terlepas mereka menikmati kasih sayang daripada ibu bapa.

Malangnya ada ibu bapa beranggapan bahawa sekolah berasrama penuh akan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi disiplin, termasuklah belajar agama dan mengaji kerana ibu bapa tidak mampu berbuat demikian.

Maka dalam keadaan ini, jelaslah bahawa ibu bapa mahu melepaskan tanggungjawabnya atau mendapati diri mereka gagal mendidik anak-anak masing-masing. Ditambah pula sangkaan bahawa sekolah berasrama mampu mendidik disiplin juga adalah mitos.

Sememangnya sekolah berasrama penuh seperti Kolej Tentera Diraja (RMC) melatih sedia pelajar-pelajarnya untuk menjadi tentera. Begitu juga dengan sekolah seperti MCKK melahirkan pelajar yang mengikut sesuatu budaya warisan mereka. Tetapi didikan akhirnya masih datang daripada ibu bapa.

Bagi saya, tradisi sekolah berasrama penuh di negara ini juga melahirkan satu ciri yang kurang baik, iaitu penggunaan campur tangan politik bagi mendapatkan tempat anak-anak di sekolah berasrama penuh. Amalan ini hanya menggalakkan dan mendidik masyarakat untuk bersifat kronisme, yang tidak melambangkan etika baik.

Ingin juga saya mengingatkan kepada ibu bapa bahawa banyak sekolah-sekolah berasrama penuh di negara ini, terutama yang baru-baru tidak mempunyai tradisi kemudahan perpustakaan sekolah yang baik.

Pelajar-pelajar terlalu ditumpukan terhadap pencapaian akademik dan terdedah kepada pembacaan, pemikiran dan pembinaan kepimpinan yang baik. Iaitu kalau dibandingkan dengan sekolah-sekolah perdana yang ditubuhkan pada zaman penjajah, yang memiliki warisan kemudahan perpustakaan yang baik dan tradisi kokurikulum yang panjang.

Akhirnya yang menjadikan sesebuah sekolah itu baik, sama ada berasrama penuh atau tidak ialah terletak kepada guru dan ibu bapa masing-masing, dengan perlunya mereka aktif mengajak perubahan di sekolah.

– BURHANUDDIN ISHAK,
Gombak, Selangor.

0 Responses to Betulkan Sikap Terhadap Sekolah Berasrama Penuh

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive