SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Tukar Menu Makanan Atasi Melayu Malas

Di tulis oleh Encik Anif 24 November 2006

Dipetik dari Utusan Malaysia - Forum
PERWAKILAN Perhimpunan Agung UMNO 2006 tidak menyentuh langsung sikap ‘Melayu malas’ yang sepatutnya turut diberi perhatian. Akibatnya Melayu akan terus ‘malas’. Setiap kali UMNO bersidang, kita dapati ramai perwakilan, juga pemimpin perwakilan yang mengantuk dan nampak keletihan walaupun membincangkan soal-soal penting tentang bangsa dan negara.

Lebih buruk apabila ia ditayangkan secara langsung melalui TV oleh Astro. Tidakkah kita sedari bahwa selalu mengantuk atau tertidur di tempat yang tidak sepatutnya itu adalah simbol kemalasan? Mereka adalah orang-orang yang dipilih untuk mewakili bahagian UMNO ke satu persidangan yang sangat penting, tetapi mereka terkulai layu di kerusi masing-masing.

Jika begitu, janganlah kita mempersalahkan anak-anak Melayu di rumah dan sekolah. Barangkali sikap lekas terkulai inilah yang merupakan unsur penyebab ramai remaja Melayu yang terkulai dalam kehidupan lalu menjadi penagih dadah dan berseronok dengan kegiatan mat rempit.

Oleh itu, saya tidak setuju sekali jika ibu bapa yang tidur ketika mesyuarat dan di tempat kerja, memukul anak-anak yang tidak berupaya belajar kerana mengantuk serta malas. Di dalam satu seminar lima hari yang saya hadiri di Jakarta satu masa dulu, terdapat perwakilan dari seluruh dunia termasuk orang putih. Setiap kali masa rehat, orang-orang dari rumpun Asia Tenggara (termasuk saya) akan ke tempat minum untuk menghilangkan rasa mengantuk. Peliknya orang-orang putih lebih seronok berbincang tentang apa yang baru dibahaskan serta tidak nampak mengantuk langsung. Lalu satu ketika seorang daripada mereka melawak: ‘‘Saudara-saudara makan tak putus-putus dan banyak pulak tetapi tidak juga besar.’’

Di Malaysia saya perhatikan permasalahan berbeza mengikut suku kaum dan corak pemakanan kaum tersebut. Keseluruhannya masyarakat Melayu antara yang teruk kerana strata sosial yang miskin dan corak pemakanan. Kita makan nasi lebih banyak daripada lauk dan sayur. Ertinya kita lebih banyak makan kanji / karbohidrat dan kurang protein dan lain-lain zat yang penting bagi melancarkan perjalanan darah ke otak dan lain-lain organ. Darah membawa oksigen dan jika otak kurang oksigen, maka kita lekas mengantuk, fikiran lembap dan menjadi malas.

Sebab itu kebanyakan orang Melayu yang kurang mengambil makanan mudah hadam dan berprotein tinggi akan lebih mudah mengantuk selepas waktu makan kerana ketika itu banyak oksigen ‘lari’ ke bahagian penghadaman di usus. Sebaliknya mereka yang mengambil makanan yang berprotein tinggi seperti kacang soya (tauhu, tempe, makanan sayuran), daging putih (ayam dan ikan yang kurang berminyak), sayuran berprotein tinggi, kekacang dan juga susu dan buah akan cergas dan tidak mengantuk.

Pemikiran mereka juga berbeza kerana cukup zat dan oksigen sampai ke otak mereka. Pemikiran cerdas akan membuatkan seseorang itu lebih berwawasan dan mudah menerima pelajaran. Jika masyarakat Malaysia sihat dan cergas tentulah perbelanjaan untuk kesihatan juga berkurangan. Peningkatan penyakit yang berkaitan makanan seperti diabetes, jantung dan darah tinggi adalah indikator paling jelas untuk kerajaan bertindak segera.

Saya sarankan agar rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, menukar menu makanan. Singapura, pada awal 70-an sudah rancak menggalakkan rakyatnya makan makanan bergandum yang tinggi khasiat proteinnya. Untuk lebih maju, seharusnya negara kita juga mempunyai misi pemakanan nasional. Cuba kita kaji pemakanan umat Islam di zaman kegemilangan mereka seperti di Andalusia, Sepanyol. Ketika itu, banyak penciptaan dilakukan oleh saintis dan kalangan profesional Muslim.

SHARUPIDIN CHE ABDULLAH,
Shah Alam, Selangor.

** Ada betulnya... kat opis aku nih aku tak pernah nampak pun cina tido lepas lunch. Orang kita banyak habiskan masa ketika makan dan tido jer.

0 Responses to Tukar Menu Makanan Atasi Melayu Malas

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive