SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Otak Tak Diisi Pengetahuan Juga Punca Mengantuk

Di tulis oleh Encik Anif 28 November 2006

SAUDARA Sharipuddin Che Abdullah dalam ruangan Forum, 26 November 2006 telah membawa contoh beberapa orang perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2006 tidur semasa perbahasan untuk membuktikan orang Melayu lemah dan mudah terkulai, yang didakwanya berpunca daripada tabiat pemakanan.

Pada malam hari yang sama segelintir mat rempit yang rata-rata pemuda Melayu, yang saya rasa mempunyai tabiat pemakanan yang sama, masih cergas dan galak menunggang motosikal mereka walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 4.00 pagi.

Semasa pertandingan akhir Akademi Fantasia 4 (AF4), kita dapat melihat di kaca TV Astro tidak seorang pun penonton dalam studio yang rata-rata orang Melayu (juga makan nasi) yang tertidur.

Malahan mereka mampu bertahan sehingga habis rancangan walaupun hampir larut malam.

Bagi saya, saudara Sharipuddin telah terkhilaf mengandaikan tabiat pemakanan orang Melayu menjadikan mereka tidak bersemangat untuk menghayati persidangan sepenting persidangan UMNO atau persidangan lima hari yang beliau sertai di Jakarta.

Saya kata beliau silap kerana mat rempit dan peminat-peminat AF amat bersemangat dengan aktiviti dan rancangan kegemaran mereka.

Apa yang mereka telah makan sebelumnya dan selama ini tidak pun mempengaruhi semangat dan kecerdasan mereka ketika menyertai program dan rancangan yang mereka minati.

Saya melihat masalah ‘kelonglaian’ orang Melayu bukannya disebabkan oleh apa yang mereka isikan ke dalam perut mereka, tetapi apa yang mereka isikan ke dalam minda mereka.

Otak yang diisi dengan pengetahuan sama ada melalui pembacaan, Internet, mengikuti siaran berita dan hal ehwal semasa serta hal ehwal dunia dan sebagainya akan menjadikan mereka prihatin dan sensitif dengan isu-isu semasa.

Kalau semua anggota perwakilan UMNO dilengkapi sepenuhnya dengan pengetahuan yang ada, prihatin dengan isu-isu persekitaran dan antarabangsa saya pasti tidak ada seorang pun akan tertidur kerana mereka bersemangat, sensitif dan faham dengan apa yang dibangkit dalam persidangan tersebut.

Mereka pasti bersemangat macam peminat-peminat AF menonton konsert Mawi dan sebagainya. Tapi saya rasa kalau peminat-peminat fanatik AF dan mat rempit diajak mengikuti persidangan UMNO, pasti mereka akan lebih awal lagi tertidur. Bukan kerana salah makan tetapi kerana tidak ada minat dan penghayatan.

Orang Jepun makan nasi, begitu juga orang Korea. Mereka adalah antara bangsa yang termaju di dunia.

Di Barat saintis pemakanan masih lagi berbalah mengenai makanan yang lebih baik – sama ada perlu banyak makan karbohidrat atau meneruskan amalan lama iaitu makan lebih banyak lemak.

Dalam pada itu mat-mat saleh telah pun lama berjinak dengan makanan Asia yang nasi adalah merupakan bahan ruji.

Saya setuju kita perlu lebih banyak makan sayur, buah-buahan dan protein untuk sihat dan cergas, tapi kalau minda dan otak kita juga tidak diisi, kita jadi macam mat rempit jam 3.00 pagi masih lagi cergas.

– SATU LAGI MAT,

Berlin, Jerman.

0 Responses to Otak Tak Diisi Pengetahuan Juga Punca Mengantuk

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive