SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Cerita-cerita

Di tulis oleh Encik Anif 13 October 2006

Sepanjang bulan lepas dan awal bulan ini, pelbagai isu nasional dan antarabangsa telah berlaku. Di antaranya ujian nuklear oleh Korea Utara, kejatuhan harga minyak mentah dunia ke paras bawah US60 dan lain-lain. Di peringakt nasional pula cerita pasal kes menipu identiti, keselamatan perbankan internet, dan Mawi.

Kejatuhan harga minyak mentah sememangnya memberkian kesan positif kepada pasaran saham dan ini terbukti apabila indeks Bursa Malaysia telah mencapai tahap tertinggi dalam masa 6 setengah tahun. Dengan harapan supaya harga minyak akan stabil dan berada di bawah US60 setong, Bank Negara dijangka akan mengekalkan kadar OPR hingga ke hujung tahun. Senang cerita "BLR tak naik la sampai hujung tahun ini". Untuk pengetahuan kadar BLR sekarang ialah 6.75%. Kalau BLR naik, kos meminjam akan menjadi lebih tinggi.

Korea Utara telah berjaya menjalankan ujian nuklear yang pertama walaupun negara itu telah dikenakan pelbagai sekatan oleh Amerika dan sekutunya. Kejayaan ini sememangnya amat bermakna buat negara seperti Korea Utara dan merupakan "moral booster" kepada seluruh warga Korea Utara. Banyak pengajaran daripada cerita ini sebenarnya, ada yang positif dan ada yang negatif. Dari segi positif, ini menunjukkan bahawa dalam saat-saat sukar dan dipenuhi kepayahan kita tak sepatutnya berhenti daripada terus berusaha. Usaha tangga kejayaan! Dari segi negatif, rantau Asia akan menyaksikan perlumbaan senjata dikalangan jiran-jiran Korea Utara terutamanya Korea Selatan dan Jepun. Jepun yang selama ini tidak berminat dengan senjata nuklear nampaknya mungkin akan mengubah dasar negara itu berikutan tindakan Korea Utara. Untuk pengetahuan negara-negara Asia yang sudah pun memiliki keupayaan nuklear ialah China, India, Pakistan, Israel, Iran? manakala Jepun memiliki teknologi dan keupayaan nuklear tetapi menggunakannya untuk tujuan aman.

Mengenai kes penipuan identiti pula, perkara ini memang amat mendukacitakan. Kalau diperhatikan kes-kes ini dilakukan oleh orang biasa, tanpa menggunakan sebarang teknologi canggih. Apa yang diperlukan oleh si penipu ini ialah keberanian dan keyakinan diri pada tahap tertinggi sahaja. Punca utama kes-kes seperti ini timbul ialah disebabkan kehilangan dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan). Moral of the strory, jagalah kad pengenalan anda sebaik-baiknya.

Kes penipuan perbankan internet memang sedang hangat diperkatakan sekarang. Isu keselamatan perbankan internet bukan terletak di pihak bank 100%. Sebagai pengguna kita juga perlu memastikan keselamatan komputer peribadi yang digunakan untuk urusan perbankan internet tersebut. Perisian anti virus dan anti spyware perlulah sentiasa dikemaskini. Pastikan komputer peribadi anda dilengkapi oleh boot password. Jangan dedahkan sebarang password untuk email/domain/network kepada rakan sekerja dan sebagainya. Jika perlu meninggalkan meja/tempat kerja bagi tempoh yang agak lama, matikan PC anda.

Kebanyakkan kes penipuan perbankan internet ini sebenarnya dilakukan oleh "Social Cracker". Bukan seperti apa yang kita bayangkan seperti didalam filem e.g matrix, hackers dll, dimana sekumpulan manusia bertungkus lumus menceroboh sistem bank dan memindahkan sejumlah wang/data . Social Cracker ini lebih mudah di mana mereka menggunakan pendekatan lebih ringkas seperti menghantar email atau sms yang kononya datang dari pihak bank dan si penerima di minta untuk mengemaskini UserId dan password di link yang disertakan di dalam email. Isunya ialah pengguna sepatutnya tidak terkeliru dengan email/sms seperti ini kerana Pihak Bank tidak akan menghantar sebarang email kepada pengguna dan meminta untuk mengemaskini password dan sebagainya.

Bedasarkan pengalaman aku sebagai seorang network/system administrator, kes-kes penipuan ini terjadi adalah disebabkan oleh kelemahan displin seseorang pengguna. Jagalah Password anda sebaik mungkin dan jangan dedahkannya walaupun kepada rakan sekerja. Ingat dalam alam pekerjaan, rakan sekerja juga merupakan pesaing anda. Politik pejabat dan unsur sabotaj biasa berlaku di pejabat.

Mawi, ikon masa kini juga tak terlepas dari gossip dan kritikan. Katanya beliau tidak bersentuhan dengan wanita sekiranya beliau berlakon filem. Pada pendapat aku, tak ada salahnya apa yang dikatakannya. Masyarakat di Malaysia memang selalunya pandang negatif dulu kemudian baru positif. Mawi sebenarnya nak berlakon filem animasi.. di mana dalam filem genre tersebut memang tiada langsung aktiviti fizikal, hanya voice over diperlukan :)

Sekian ulasan dunia dan nasional daripada aku……… hahahaha

0 Responses to Cerita-cerita

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive