SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Kabinet Mahu Blog Internet Dipantau

Di tulis oleh Encik Anif 03 August 2006

PUTRAJAYA: Semua blog dalam internet akan diawasi dengan lebih rapi, manakala pemiliknya dikenakan tindakan jika menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang. Mesyuarat Kabinet semalam memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengawasi semua blog dalam internet serta mengambil tindakan sewajarnya.Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata walaupun kerajaan tidak akan menyekat atau menapis kandungan internet seperti dijanjikan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC), pemilik blog atau penulisnya yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan."Mana-mana penulis blog sama ada bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke mahkamah jika melanggar undang-undang. Kita boleh ambil tindakan mengikut undang-undang jenayah, Akta Hasutan atau apa saja,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini.Kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak boleh membiarkan internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul kerana ia akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap ekonomi dan pembangunan negara.Berikutan itu, Perdana Menteri mahu pihak yang menyebarkan fitnah serta membuat hasutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau internet ditahan serta disoal siasat.Abdullah menegaskan tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa saja yang disukai. Isnin lalu, Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kewujudan media internet termasuk blog yang semakin berleluasa dan ditulis secara liar.Mengulas lanjut, Dr Lim mengakui memang sukar untuk mengambil tindakan terhadap penulis blog dari luar negara, tetapi tindakan boleh dikenakan ke atas penulis blog tempatan.Lim berkata, pada mesyuarat Kabinet semalam Perdana Menteri juga bersetuju supaya tiada penapisan terhadap kandungan internet, tetapi percaya ada jalan lain untuk bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang.“Anda perlu pertahan undang-undang. Kandungan (blog), jika berunsur hasutan, maka mereka boleh didakwa"Kita akan mengawasi semua blog dengan rapi," katanya.Beliau berkata, pihak yang menyebarkan khabar angin atau berbentuk hasutan melalui SMS pula akan dikenakan tindakan sebaik usaha mendaftarkan semua kad prabayar siap akhir tahun ini.

0 Responses to Kabinet Mahu Blog Internet Dipantau

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive