SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Dr. Mahathir Mahu Aktif Dalam Perniagaan

Di tulis oleh Encik Anif 01 August 2006

Oleh YUSRI SAHAT

LANGKAWI 30 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan bagi mempromosikan budaya hidup yang lebih berkualiti kepada masyarakat. Menurutnya, selepas berjaya membuka kedai roti ‘The Loaf’ di Telaga Harbour, Pantai Kok di sini, beliau bercadang membuka perkhidmatan dobi di pulau peranginan itu. ‘‘Saya juga bercadang mengajar dalam jurusan politik dan kewartawanan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kedai roti miliknya, di Pantai Kok hari ini. Dr. Mahathir berkata, pembabitannya dalam bidang perniagaan bagi merealisasikan konsep yang pernah dicanang ketika menjadi Perdana Menteri iaitu ‘kepimpinan melalui teladan’. Menurutnya, beliau memang berminat dalam bidang perniagaan tetapi peluang untuk berniaga tidak boleh dilakukan ketika masih berada dalam kerajaan. ‘‘Sebagai Perdana Menteri, saya hanya suruh orang (berniaga) sahaja. Sekarang ini saya hendak cuba sendiri sebab dulu saya hanya pandai suruh orang. ‘‘Kita ada slogan kepimpinan melalui teladan dan apa yang saya lakukan ini kepimpinan melalui teladanlah,” katanya. Mengenai projek perniagaan perkhidmatan dobi yang akan dijalankan itu, katanya, ia menggunakan konsep yang diamalkan oleh hotel-hotel di Jepun.
Katanya, perkhidmatan dobi di negara itu dianggap terbaik kerana ia dapat dilakukan dengan pantas dan kebersihannya terjamin. ‘‘Suatu hari ketika saya di Jepun, perkhidmatan dobi di sana dapat membersihkan pakaian saya dalam tempoh 20 minit,” katanya. Sehubungan itu, Dr. Mahathir memberitahu, beliau akan mengadakan kerjasama dengan beberapa syarikat dobi di negara ini untuk menjalankan perniagaan tersebut.

0 Responses to Dr. Mahathir Mahu Aktif Dalam Perniagaan

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive