SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Pusat rawat penagih komputer

Di tulis oleh Encik Anif 19 June 2006

AMSTERDAM: Sebuah pusat rawatan persendirian untuk memulihkan ketagihan bermain permainan komputer di kalangan remaja dibuka di ibu kota Belanda itu dan dilihat sebagai jalan terakhir bagi ibu bapa terdesak sanggup mengeluarkan belanja besar mengubati ketagihan anak mereka. Antara program yang disusun untuk memulihkan golongan berkenaan di klinik Smith and Jones itu termasuk sesi meditasi selama setengah jam pada waktu pagi, latihan kecergasan dan paling penting ialah sesi terapi berkumpulan dan pertemuan pada waktu petang, lapor Agence France-Presse (AFP).Setiap hari pelanggan perlu membincangkan masalah ketagihan mereka dengan jurulatih peribadi atau pakar psikologi.“Salah satu kesukaran besar bagi penagih permainan komputer ini ialah walaupun selepas menjalani sesi terapi, mereka akan terpaksa menggunakan komputer sepanjang hidup kerana kebergantungan masyarakat terhadap teknologi komputer,” kata salah seorang jurulatih di klinik berkenaan, Steven Noel-Hill, yang juga bekas penagih judi, kepada AFP.Selepas cuti sekolah pada musim panas, klinik berkenaan akan membuka kursus khas selepas sekolah bagi pelajar yang ketagihan permainan komputer di Amsterdam.Julai ini, tenaga pengajar di klinik itu akan mula merawat sekumpulan 15 remaja yang berdepan masalah itu, kebanyakannya dari Amerika Syarikat.“Kami mempunyai khemah yang didirikan di dalam hutan dan dikelilingi alam semula jadi. Ideanya ialah untuk mengembangkan semangat berpasukan bagi menghalang mereka meneroka alam khayalan,” kata Neol-Hill. – AFP

p/s : aku kira tergolong dalam penagih komputer tak agaknya?

0 Responses to Pusat rawat penagih komputer

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive