Alhamdulillah walaupun tanpa perancangan rapi dan agak mengejut mereka telah berjaya melakukannya , 7 Mac 2009 di Austin Hills Golf Resort.
Terima kasih kepada Evelyn dan Sumyn Cheng yang berusaha menjadikan mini reunion ini satu kenyataan. Evelyn menetap di Singapura, manakala Sumyn dari Kuala Lumpur, haa kalau tak de Facebook susah jugak nak buat arrangement! Majlis menjadi lebih meriah dengan kehadiran warga XSMVPJB paling jauh iaitu Foong Min Nee sekeluarga dari UK yang secara kebetulan sedang bercuti ke Malaysia (Balik kampung).
Si Evelyn dan Sumyn berjaya memujuk Cikgu Adam "join sekali". Entah apa di temberangnya sehingga Cikgu Adam bersetuju walaupun dia agak sibuk pada hari itu :D Ketika sampai di Austin Hills Cikgu Adam baru sahaja menjumput anaknya dari kelas tiusyen. Apa-apa pun, terima kasih kepada Cikgu Adam yang begitu "sporting" melayan kerenah anak-anak murid tua ini :D

Cuma kesian la kat "Hubby" (Peter) Min Nee sebab bila kita semua cakap melayu dia blurrr! hehe. Tapi Aku layan gak Si Peter nih takut² dia blur memanjang, tapi betul la Mat Salleh nih "perspective" dia lain sikit. Maksud Aku mereka lebih "concern" tentang "climate change" dan "global issue". Boleh tahan peramah jugak Mat Salleh nih!
Kepada semua batch 90/91 yang tak dapat join pada hari tersebut atau tak dapat invitation, maaf sebab planning nih tak cukup rapi dan agak mengejut. Meeting pun guna Facebook. Walaubagaimana pun acara ini memang meriah dengan gelak ketawa bila teringat dan "flashback" kisah dulu-dulu sewaktu di sekolah. Dan memang di sengajakan, Evelyn ni boleh pulak bawa gambar lama-lama masa di sekolah dulu, lagilah meriah!!!
Pada batch-batch lain yang ada perancangan untuk buat reunion jangan lupa bawa gambar-gambar lama, majalah sekolah dan sebagainya.. Tentu meriah majlis kamu nanti!!
0 Responses to Mini Reunion Batch 90/91 @Austin Hills Golf Resort