SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

SMVPJB vs SMTPJB

Di tulis oleh Encik Anif 29 July 2008

Assalamualaikum semua, entah macam mana nak memulakan topic untuk kali ini, tetapi untuk menyedapkan hati sendiri rasanya Aku kena tulis sesuatu :) Sepanjang beberapa minggu yang lepas Aku memang sangat aktif menjelajah Facebook dan Friendster dengan satu tujuan ialtu mencari group SMVPJB, SMTPJB, VCSJB, TCSJB di kedua-dua social networking site tersebut. “Kinda surprise” bila terjumpa satu Komuniti TCSJB yang sangat besar di Friendster yang dimulakan oleh Batch 97/98. Komuniti yang sangat besar dan aktif! Hampir 1200 orang ahli! Aku dah pun menjadi salah seorang ahli. Anda bila lagi? Tahniah diucapkan pada mereka!



Memang menjadi impian untuk menyatukan kesemuanya di bawah satu kumpulan/group tetapi berdasarkan pengamatan dan penelitian Aku terhadap komuniti Alumni yang terdapat sekarang ialah kekurangan semangat Alumni itu sendiri.

Sebenarnya ini ialah kesan langsung dari perubahan dan naik taraf sekolah kita itu sendiri. Maklumlah Sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah yang di beri nama Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru yang kemudiannya bertukar nama kepada Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru.

Apabila kita (X SMVPJB) sudah meninggalkan alam persekolahan, kita tak pasti yang kita ini ingin dikenali sebagai pelajar SMVPJB atau SMTPJB. Yang pastinya SMVPJB telah pupus! Bekas pelajar SMVPJB tentulah berasa amat janggal untuk menyertai group yang di asaskan oleh kumpulan bekas SMTPJB. Hampir tiada langsung kesan peninggalan SMVPJB, setelah bertukar ke SMTPJB! Mungkin atas sebab itu senior menjauhkan diri! Secara tidak langsung Alumni ini telah pun terbahagi kepada dua secara automatiknya!

Semangat Alumni sememangnya amat mementingkan nilai-nilai sejarah dan warisan. Untuk itu Alumni SMTPJB haruslah merangkumi SMVPJB dan SMTPJB, sekurang-kurangnya warisan SMVPJB hendaklah di preserve/di kekalkan sebagai contoh badge original SMVPJB hendaklah di sertakan sekali bersama-sama yang terbaru! Hanya itu yang kami ada! Untuk dijadikan kenang-kenangan dan mengimbau nostalgia! Bila melihat pada badge SMTPJB, seolah-olah kita nih tak pernah bersekolah di situ!. Memang pun sebab pada zaman kita badge itu masih belum wujud lagi, jadi memang langsung tiada “sentimental value”!

Pada batch junior yang terbaca mengenai tulisan ini, Aku meminta maaf banyak-banyak jika tulisan ini munguris hati kalian. Ini pendapat peribadi Aku. Bukan niat untuk merendahkan usaha sesiapa. Cuma kita kena sentiasa ingat yang sejarah sekolah ini bermula dari tahun 1984. Seharusnya segala aktiviti yang dirancang pada masa hadapan, seboleh-bolehnya hendaklah merangkumi SMVPJB dan SMTPJB. Rasanya untuk menghargai yang baru, kita kena ingat bagaimana ianya bermula. Sekian, terima kasih. W’salam.

2 Responses to SMVPJB vs SMTPJB

  1. zalie Says:
  2. salam...maaf menegur...tiada apa bezanya antara SMVP/SMTP JB,disitulah kita menuntut ilmu hingga ada diantara kita baik dari batch 84/85 hinggalah ke sekrang ni telah berjaya dlm kerjaya dan hidup masing2..apa ada pada nama??? yang penting sekarang ni kita kena bersatu dlm alumuni tak kiralah darimana group or blog mereka sertai..contohilah kumpulan alumuni sekolah lain, mereka berjaya..so..kenapa kita tidak boleh jadi seperti mereka..anif..teruskan usaha anda, bro menyokong anda..good luck

     
  3. Sekarang sekolah ni dah jadi KOLEJ VOKASIONAL pulak :)

     

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive