Hari yang di tunggu telah tiba. Teringin nak tahu respond dari bekas pelajar sekolah nih. Harap-harap ramai yang datang. Mesyuarat bermula jam 10:00 pagi sebaik sahaja tamat acara menanam pokok. Alhamdulillah sebaik sahaja kami memasuki bilik mesyuarat ternyata sangkaan kami meleset, puhhhhhh ramainya yuang hadir sehinggakan tak muat bilik mesyuarat! Alhamdulillah respond amat menggalakkan. Lain kali kalau nak buat meeting macam nih, kena guna dewan! Sehinggakan selepas selesai mesyuarat masih ada lagi bekas pelajar yang baru sampai. Rasanya tak sia-sia usaha selama ini. Alhamdulillah.
Seronok dapat berjumpa kawan-kawan, senior, junior dan cikgu. Bertanya khabar dan sebagainya. Oleh kerana terlalu lama tak berjumpa, sudah tentulah banyak yang hendak di ceritakan. Asyik bercerita sampai terlupa nak ambil banyak gambar :) Tak apalah, nanti Aku akan kumpulkan gambar-gambar dari kawan-kawan yang lain. Tentu mereka ada ambil gambar tadi.
Berdasarkan respond yag diberikan, kemungkinan acara ini boleh dijadikan acara tahunan atau dwi tahunan. Yang ini personal opinion Aku le. Ye la since kita semua nih mengalami masalah untuk mengumpulkan ex student batch by batch, Acara seperti ini boleh dijadikan platform untuk memudahkan pertemuan dan menanam semangat kecintaan terhadap sekolah.
0 Responses to Hari Koperasi Sekolah & Perjumpaan Alumni