SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Ustaz Said Dalam Kenangan..

Di tulis oleh Encik Anif 30 April 2008

Dapat berita tentang kepulangan Ustaz Said ke rahmatullah pada 28/04/2008 daripada Yanty.

yanty (dana 96/97) ellyani.. yg kelas prima tu atie.. haryatie kot.. bukan haryanti.. "btw... nak bitau kat sini.. especially senior2 yg penah belajar & kenal ustaz said.. ustaz baru meninggal beberapa ari lepas kt USA.. salam takziah buat keluarga arwah.. Ustaz Said melawat anak dia... tp mungkin sebab semput.. dia meninggal & dikebumikan disana.. "

Terkejut bila mendengarnya. Innalillah... Salam takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Bagi warga SMVPJB yang menjadi anak murid dan mengenali beliau, pasti ada kenangan manis, lucu..dan mengerunkan.


Kami mengenalinya sebagi seorang yang tegas. Walaupun bukan sebagai seorang warden, Ustaz Said sentiasa meluangkan masa berjemaah di Surau SMVPJB. Selain mengajar mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Ustaz Said juga mengajar lukisan.

Ustaz Said juga fasih berbahas Inggeris.. ada satu pharse yang selalu buat Aku teringat... bila dia buat announcement kat PA system di setiap kelas... "and for muslim girls...must cover their head"

Aku tak ada banyak insiden dengan Ustaz Said nih.. tak de lah sampai menyorok dalam locker. Cuma ada satu insiden dalam kelas 5 Optima, ketika kelas Pendidikan Agama Islam, entah apa angin dia hari tue..tetiba boleh suruh Aku tulis "silatur rahim" dalam jawi kat papan hijau. Aku yang dalam keadaan terkejut.. terus pergi ke depan dan tulis dalam jawi dengan confidentnya.. tapi Aku tulis salah.. bunyinya lebih kurang cam nih la.. "silatatul rahim". Ish malu la time tue.. nasib baik Zanura menyelamatkan keadaan.. kalau tak ada orang tolong, Aku kena berdiri kat depan kelas tue :)




laila(pica 84/85)
Tue 29.Apr.2008
Assallamualaikum, lama x port kat sini sebab sibuk dengan sukan sekolah. Inilah cikgu hari ini. Takziah untuk keluarga ustaz. Macam baru semalam ja mengenang kisah-kisah di smvpjb tu. Dulu ustaz adalah orang yang paling sibuk apabila pertandingan syarahan atau kuiz agama islam. Aku adalah insan yang selalu menjadi wakil sekolah terutama sekali syarahan agama. Ustazlah orang yang hari-hari dera aku suruh hafal syarahan. Pulak buat kat SMK Gelang Patah. Itulah kali pertama aku jejak kaki kat Gelang Patah, pekan cowboy. Maklumlah kat KL mana ada pekan macam tu, jadi jakunlah sikit aku ini. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan sentiasa berada di sisi orang-orang yang beriman. Amin............

Devil 90/91
Mon 28.Apr.2008
al fatihah untuk ustaz. teringat aku kaki kena libas rotan masa ustaz masuk dorm kejut sembahyang suboh. Ada dengar cerita cikgu joseph tak? Hidup lagi ke dia sekarang?

Ennea
Mon 28.Apr.2008
Salam sume. Al-fatihah untuk Ustaz Said and takziah buat ahli keluarga beliau. Ye la Biddy tahun ennea dengar ramai yang productive. Apasal Mudz pening2 tu, ada ulat jugak ke?

isma
Mon 28.Apr.2008
masa arwah wat spotcheck tuh yg smpt lari..larilah...yg x smpt..nyorok dlm lokerlah...


Azhar85/86
Mon 28.Apr.2008
Kenangan yg aku tak leh lupa mase perlawanan takraw antara cikgu vs murid. Kitorang punya la tekezutt beruk bila arwah Ustaz Said buat libas pari....jaw dropping beb!!! And it wasn't a fluke, memang dia terror main takraw


bj 90/91
Mon 28.Apr.2008
Al-fatihah untuk beliau... Sememangnya banyak kenangan Arwah nie. Seorang ustaz yang senang dengan Vespa nya.... Teringat kembali macam mana Arwah buat spotcheck aspura waktu solat Asar... bertempiaran lari senior lelaki 90/91. Paling tak dapat dilupakan mcm mana Ahmad Zaki disuruh mengazankan Solat Isyak.... Sampaikan orang yang sedang mengambil wudhu' terduduk apabila mendengar Ahmad Zaki mengalunkan azan Isyak. Mana tidaknya... lepas Ashhaduanna Muhammadarrasulullah terus dia baca Lailahaillallah... Terus habis... Arwah Ustaz Said punya hangin dengan Ahmad Zaki.... itu sedikit kenangan... moga itu jadi pengajaran buat kita, supaya rajinlah solat jemaah di surau atau masjid...

0 Responses to Ustaz Said Dalam Kenangan..

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive