SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

‘Pendidik Berdosa Jika Murid Gagal’

Di tulis oleh Encik Anif 12 May 2007

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, berkata guru adalah berdosa jika murid mereka yang normal tidak dapat menguasai kemahiran menulis dan membaca. Beliau berkata, Kementerian Pelajaran ketika ini memberi tumpuan kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira murid peringkat sekolah rendah. “Kegagalan murid sekolah rendah menguasai sekurang-kurangnya 2M - membaca dan menulis menyebabkan akan berlakunya defisit dalam pembelajaran,” katanya pada majlis konvokesyen ke-42 Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, di sini, semalam.

Beliau berkata, masalah murid yang gagal membaca dan menulis jika gagal ditangani akan menyebabkan mereka tercicir dalam bidang pendidikan.Mengulas lanjut pada sidang medianya, beliau berkata, Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M), yakin lebih 90 peratus murid Tahun Satu sekolah Orang Asli dan pedalaman boleh membaca dan menulis.Katanya, laporan terkini program KIA2M yang diperkenalkan tahun lalu menunjukkan ia banyak membantu murid sekolah Orang Asli dan pedalaman menguasai dua kemahiran asas itu.Sebagai contoh, katanya, hampir semua murid Tahun Satu di lima sekolah Orang Asli dan pedalaman yang dijadikan sekolah angkat Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI), Johor Bahru kini mampu membaca dan menulis, empat bulan selepas program itu dilaksanakan.IPTI itu mengambil dua sekolah angkat tahun lalu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sayung Pinang, Kulai dan SK Tanah Abang, Mersing dan tiga lagi tahun ini iaitu SK Pontian Besar; SK Seluyut dan SK Denai Rompin, Pahang.

0 Responses to ‘Pendidik Berdosa Jika Murid Gagal’

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive