Dipetik dari - Utusan Malaysia (Forum)
SEJAK kebelakangan ini terdapat banyak skim cepat kaya (e-commerce) diperkenalkan. Kononnya dengan pelaburan sedikit melalui Internet boleh dapat beribu-ribu sehari. Boleh pakai kereta mewah, boleh selesaikan masalah kewangan dengan memberi contoh-contoh dan testimoni orang- orang yang telah berjaya.
Tetapi adakah itu ternyata benar? Atau permainan sandiwara mereka yang tidak bertanggungjawab? Dengan mengedarkan risalah yang boleh mempengaruhi sebilangan besar mereka yang tak mahu dan tak tahu berfikir panjang apakah akibatnya dan risiko yang akan dihadapi oleh generasi bangsa dan negara pada masa hadapan.
Dengan slogan talk-talk, eat-eat, drink- drink... money coming nampak begitu mudah jalannya.
Bayangkan jenis perniagaan apakah itu? Kalau peniaga nasi lemak berhenti jual nasi lemak, orang jual sate berhenti jual sate. Ada kerja, berhenti kerja tak payah bekerja lagi. Goyang kaki di rumah duit masuk.
Kalaulah semua orang kita terpengaruh akan skim tersebut dan ternyata benar faedahnya membuat kita semua kaya seperti yang diperkatakan, sindrom ‘malas’ akan menular di kalangan orang Melayu.
Bila semua dah kaya, siapa nak uruskan negara? Siapa nak jaga keselamatan negara? Siapa yang akan sediakan makanan (halal) kita?
Mari kita sama-sama fikirkan. Perniagaan dan pelaburan jenis apakah itu. Harap ada pihak berwajib yang akan memantau dan menyiasat kesahihan skim tersebut, sekiranya benar bayangkanlah akan kemusnahan masa depan generasi dan negara apabila sindrom malas bekerja di kalangan bangsa Melayu khususnya.
– PUTRA,
Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kuala Kubu Bharu, Selangor.
**Tengah fikir...macam mana nak jadik kaya :) & Bila semua orang dah kaya.... err??
0 Responses to Skim Cepat Kaya Cetus Sindrom Melayu Malas Bekerja