SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Peneroka Tubuh Pasukan Felda United Sertai Liga FAM

Di tulis oleh Encik Anif 12 December 2006



KUALA LUMPUR 11 Dis. – Perbualan lebih 100,000 warga Felda kini tidak lagi berkisar kepada soal kelapa sawit dan getah semata- mata. Mereka kini mempunyai sebuah pasukan bola sepak, Felda United dalam Liga FAM.

Berita gembira itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. “Semua dijemput menyertai Kelab Peminat Felda United untuk memastikan kemenangan kita,” kata beliau semasa berucap merasmikan Konvensyen dan Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2006 di sini. Felda katanya, memperuntukkan RM2 juta untuk melaksanakan sukan keluarga untuk belia dan penubuhan pasukan tersebut. Katanya, Felda telah bersetuju untuk menyertai Liga Bola Sepak FAM akhir Disember ini.

Beliau berkata, Felda United itu yang sudah pun ditubuhkan akan turut menyertai Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2008. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata, pasukan itu akan turut berusaha menempatkan diri dalam Liga Perdana Malaysia.

Sementara itu pada sidang akhbar, Najib memberitahu, penubuhan pasukan bola sepak itu banyak didorong oleh pembinaan gelanggang futsal di kawasan Felda. “Sejak kita bina 12 gelanggang futsal, kita dapati sambutan mereka hebat, kegiatan bola sepak misalnya amat popular di Felda,” kata beliau. Timbalan Perdana Menteri berkata, penubuhan pasukan bola sepak itu berupaya meningkatkan mutu permainan bola sepak dan imej Felda.

Pada satu soalan, beliau berkata, pasukan tersebut telah mempunyai pengurus dan pemain-pemain yang terdiri daripada belia Felda. “Pasukan ini akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Kita nak lihat siapa yang lebih kuat,” jelas beliau.

**Nampaknya Aku dah ada pasukan baru untuk di sokong tahun hadapan. Memandangkan "state team" esp. Johor tengah tenat sekarang nih & Johor FC pun macam hampeh. Anak-anak Felda mari sokong "Felda United". haha..

0 Responses to Peneroka Tubuh Pasukan Felda United Sertai Liga FAM

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive