SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Plastik Pembungkus Ketupat Selamat Digunakan

Di tulis oleh Encik Anif 09 November 2006

PETALING JAYA 8 Nov. – Plastik jenis polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) yang digunakan untuk membungkus ketupat segera selamat digunakan kerana ia sudah melalui ujian yang ketat dan mematuhi piawaian badan bertauliah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Kesedaran, Forum Plastik Malaysia (MPF), Ahmad Khairuddin Sha’aban berkata, ujian ke atas plastik jenis itu dipantau oleh Pentadbir Makanan dan Dadah (FDA) yang berpusat di Amerika Syarikat. Katanya, kajian dan ujian ketat yang dijalankan itu membuktikan HDPE selamat digunakan walaupun dimasak sehingga 100 darjah celsius. ‘‘Malah, ujian dalam keadaan yang lebih ekstrem turut dibuat iaitu menggunakan bahan pelarut dan dididihkan sehingga 135 darjah celsius dan ia masih menunjukkan HDPE selamat digunakan. ‘‘Jadi, andaian yang dibuat sebelum ini adalah tidak berasas dan tanpa bukti-bukti yang kukuh,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) di sini hari ini.

Sebelum ini, CAP mendedahkan bahawa ketupat segera yang dimasak di dalam plastik jenis itu boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser. CAP mendakwa, beg plastik HDPE jika direbus selama sejam akan merembeskan bahan kimia beracun iaitu organik mudah memeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar. Malah, dakwaan itu dikuatkan dengan kajian yang dijalankan oleh sebuah institut dari Amerika Syarikat yang mendapati VOC daripada paip HDPE merembes ke dalam alam sekitar dan mencemarkan sumber air. Ahmad Khairuddin berkata, kajian yang dinyatakan itu adalah untuk paip plastik dan sehingga kini masih tidak terbukti kebenaran kajian tersebut. ‘‘Terdapat pelbagai jenis plastik dan penggunaan yang betul setiap jenis plastik tidak akan membawa kepada sebarang implikasi. ‘‘Apa yang menjadi masalah sekarang adalah terdapat sesetengah peniaga atau orang ramai yang tidak mengetahui cara yang betul sehingga menyebabkan plastik cair dan sebagainya,’’ ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kawalan Kualiti, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi), Hasimah Abdul Karim berkata, kenyataan sebelum ini yang dikeluarkan dalam suasana perayaan bukan sahaja hampir menimbulkan rasa panik tetapi menimbulkan keraguan kepada pengguna. ‘‘Penggunaan ketupat segera adalah lumrah pada zaman sekarang kerana mudah disediakan dan ia menjadi pilihan golongan yang tidak menggunakan kaedah tradisional. ‘‘Pihak Adabi sendiri menerima pelbagai pertanyaan dan aduan daripada orang ramai, malah ada yang menyuruh mengambil barang yang telah dihantar,’’ jelasnya.

**Selamat la.. "jangan Ingat yang bukan-bukan."

0 Responses to Plastik Pembungkus Ketupat Selamat Digunakan

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive