SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Catatan nombor 39, 40 dan 41 - Tun Ghafar Baba

Di tulis oleh Encik Anif 13 November 2006

‘‘Satu hari semasa saya masih tinggal di Kuala Pilah, kepercayaan saya bahawa semua kanak-kanak hidup seperti saya telah musnah. Saya baru dapat kerja sebagai seorang kedi di mana saya dibayar satu sen sehari. Adalah giliran saya mengambil set golf dari seorang pemain golf British dari rumahnya. Pagi itu adalah indah, mata- hari memyinar cerah, burung-burung menyanyi, dan bagi seorang budak, semuanya berjalan lancar, saya amat gembira dan optimis tentang masa depan.

‘‘Apabila saya sampai di rumah pemain golf, saya lihat anak-anaknya berpakaian kemas, duduk di meja makan dan sedang bersarapan. Saya amat terkejut. Terdapat banyak makanan, dan ia hanyalah makan pagi. Semua kanak-kanak itu memakai kasut. Dan mereka mempunyai beg-beg sekolah yang cantik. Kemudian saya melihat mereka dipandu ke sekolah dalam kereta ayah mereka yang bersinar. Saya lihat kepada diri saya. ‘‘Berbanding dengan anak-anak pemain golf itu, saya boleh dikatakan berpakaian compang-camping. Saya tidak memakai kasut dan hampir sentiasa lapar. Tiba-tiba perasaan indah pagi itu hilang daripada diri saya, dan saya ditenggelami dengan tekanan perasaan.

‘‘Saya bertanya kepada diri saya: Bagaimana orang ini hidup dengan selesa? Mengapa tidak saya? Terdapat satu tangisan dari hati saya. Saya tidak dapat percaya apabila saya melihat anjing mereka juga diberi makan daging sedangkan saya hanya dapat makan daging dua kali setahun. ‘‘Benih-benih rasa tidak puas hati mula dituai. Buat pertama kali saya tersentak sedar daripada kewujudan kampung yang melekakan. Mata saya terbuka dan sedar bahawa manusia terbahagi antara yang kaya dan miskin, yang berharta dan yang tidak memiliki apa-apa, dan orang miskin tidak berdaya,”

0 Responses to Catatan nombor 39, 40 dan 41 - Tun Ghafar Baba

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive