KUALA LUMPUR 20 Sept. – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Januari hingga bulan Ogos tahun ini meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada 103.2 berbanding 99.4 pada tempoh yang sama tahun lalu. Pada bulan lalu, indeks penanda aras kadar inflasi itu meningkat sebanyak 3.3 peratus kepada 103.9 berbanding 100.6 pada bulan Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, berbanding bulan Julai lalu, IHP turun sebanyak 0.1 peratus, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya, peningkatan inflasi bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini adalah hasil daripada peningkatan semua kumpulan utama dalam IHP kecuali pakaian dan kasut serta komunikasi yang masing-masing turun sebanyak 1.2 peratus dan 1.3 peratus.
Sumber: Utusan Malaysia 21/09/2006
0 Responses to Inflasi 8 bulan naik 3.8 peratus