SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Cyber Cafe'

Di tulis oleh Encik Anif 25 July 2006

Kebelakangan ini banyak cerita mengenai Cyber Café di laporkan di akhbar dan media massa. Diantaranya mengenai pelajar ponteng menjadikan Cyber Café sebagai tempat untuk melapak dan cerita mengenai serbuan pihak berkuasa ke atas Cyber Café. Buruk betul imej Cyber Café sekarang ini. Padahal pada waktu awal kewujudannya ini tempat yang dianggap gedung ilmu, berteknologi serta selaras dengan hala tuju Malaysia mewujudkan MSC. Di manakah silapnya?

Sebenarnya pelajar yang ponteng kelas ini sebenarnya boleh melapak di mana-mana sahaja samada Cyber Café itu wujud atau tidak. Masa zaman kita menjadi pelajar ketika Cyber Café belum wujud, pelajar yang ponteng mungkin akan melapak di pusat membeli belah, game arcade dan sebagainya asalkan tempat melepak atau port yang dipilih itu "line clear".

Hendak disalaknan pelajar seratus peratus mugkin sukar juga. Pihak sekolah dan ibu bapa juga harus bertanggungjawab mencari penyelesaiannya. Mengapa mereka suka ponteng sekolah? Apa yang menbuatkan para pelajar ini tidak berminat untuk ke sekolah?

Sebenarnya ini persolan yang patut di jawab oleh pihak sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru di setiap sekolah. Apakah aktiviti selepas waktu sekolah yang wujud sekarang ini sesuai dengan zaman kini? Sebagai contoh kalau pada zaman ini para pelajr suka ke Cyber Café, kenapa pihak sekolah tidak mewujudkan Cyber Café di sekolah? Pihak sekolah sebenarnya kena peka dengan persekitaran dan perubahan zaman serta trend masa kini. Jika itu yang diminati olah para pelajar, maka pihak sekolah harus cuba untuk sekurang-kurangnya untuk mengadakannya di sekolah. Kebanyakkan sekolah di Malaysia ini sememangnya telah mempunyai Kelab Komputer. Apa yang perlu di ubah hanyalah dari segi kosmetik dan konsep supaya bersesuaian dengan imej remaja supaya lebih santai. Permainan video menjadi tarikan utama para pelajr ke Cyber Café. Permainan video merupakan trend pada masa kini. Pihak sekolah mungkin boleh mewujudkan kelab di sekolah untuk para peminat permainan video. Melalui kelab ini para guru serta ibu bapa mungkin akan lebih memahami pelajar.

p/s just my 2 sen opinion

0 Responses to Cyber Cafe'

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive