SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Cehhhhhhh..

Di tulis oleh Encik Anif 12 July 2006

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, kebanyakan Menteri Kabinet yang dikenakan saman kerana kesalahan lalu lintas, membabitkan kereta peribadi mereka yang dipandu oleh orang lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sesetengah mereka pula tidak tahu mengenai tindakan saman berkenaan kerana mereka sendiri tidak memandu kereta meskipun kenderaan itu didaftarkan atas nama mereka.

“Jadi sesiapa (menteri) yang ada dalam senarai (saman) itu, perlu membayar saman,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Masalah Siswazah Menganggur, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan laman web Malaysiakini yang mendakwa lebih separuh daripada 32 menteri mempunyai saman kesalahan lalu lintas dengan jumlah denda sekurang-kurangnya RM115,680.

Ia menyebut bahawa berdasarkan kepada semakan ‘online’ di laman web rilek.com.my, 18 Menteri mempunyai 918 saman terkumpul, antaranya sejak beberapa tahun lalu, dengan sebahagian besar kerana kesalahan memandu melebihi had laju.

Daripada jumlah itu, 472 saman membabitkan empat menteri. Mendahului senarai ialah Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, dengan 143 saman dan belum menjelaskan denda sebanyak RM17,460.

Ini diikuti Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dengan 121 saman yang belum dibayar berjumlah RM15,200 sejak tujuh tahun lalu; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn yang belum menjelaskan denda berjumlah RM15,230 bagi 115 saman yang dikeluarkan sejak 21 Mei 2001 hingga April tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin pula dikatakan belum menjejaskan 93 saman berjumlah RM12,190 sepanjang tempoh tujuh tahun yang lalu.

Najib berkata, beliau tahu mengenai senarai Menteri Kabinet yang dikatakan tidak membayar kesalahan lalu lintas itu.

0 Responses to Cehhhhhhh..

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive