SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Generasi X

Di tulis oleh Encik Anif 29 June 2006

Kita ini adalah antara generasi yang paling beruntung di dunia kerana dilahirkan pada tahun 1974. Kenapa agaknya ya? Bukannya apa, cuma korang perasan tak? Kita mula bersekolah tadika pada tahun 1980 pada usia 6 tahun. Darjah satu pada tahun 1981. Darjah dua pada tahun 1982 dan seterusnya sehingga tahun 1986 di darjah 6. Senang nak ingat :) . Kita melalui pelbagai era. Mula-mula 70an, 80an, 90an dan Millennium. Rasa-rasanya tahun 70an tiada dalam memori kita.

Pada tahun kita lahir tahun 1974 banyak perkara telah berlaku di negara kita dan seluruh dunia. Antaranya ialah Krisis Minyak Dunia, pasukan bolasepak Jerman menang Piala Dunia, India berjaya menjalankan ujian nuklear untuk kali pertama, Presiden Nixon meletak jawatan berikutan Skandal Watergate, Perjanjian damai antara Israel, Syria dan Mesir, Muhammad Ali menewaskan George Foreman dalam perlawanan tinju di Zaire. Dalam tahun itu memang banyak perkara belaku di seluruh dunia dan kesannya mencorak perkembangan dunia sekarang.

Dalam tahun 80an pula kebanyakan dari kita membaca majalah gila-gila dan bujal, mendengar lagu irama pop leleh dan rock kapak . Menonton rancangan kanak-kanak yang di hoskan oleh Wazata Zain (Cumi dan Ciki), mendengar rancangan kanak-kanak Kak Yong dan Abang Chik di Radio RTM, mendengar drama radio paling popular No 5 Persiaran Satu di Radio RTM, menonoton Captain Future setiap petang Jumaat.dan Ultraman setiap Sabtu. Captain Future dan Ultraman adalah antara siri terawal yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu. Bilakah kali terakhir kita mendengar drama di radio? Tidak ada rasanya, sekarang semuanya lagu dan lagu dan lagu sahaja.

Bagi warga Johor Bahru setiap Ahad kita berpeluang mendengar siaran LPMI (Lagu Pujaan Minggu Ini) serta Rancangan Ada-ada Sahaja yang paling popular di Radio Singapura yang dihoskan oleh Adnan Maswan.

Pada malam hari pula TV RTM akan menyiarkan siri popular dari Amerika seperti Starsky and Hutch, BJ and The Bear, The A-Team, Battlestar Galactica, Buck Rogers dan Knight Rider. Haaaa yang paling best semua siaran TV tersebut ditonton menggunakan TV hitam putih sebab tak semua keluarga ada TV berwarna yang sangat mahal harganya pada masa itu. Dalam kampung tempat Aku tinggal pada masa itu cuma ada satu keluarga yang mempunyai TV berwarna.

Stesyen swasta pertama di Malaysia juga telah memulakan siaran pada tahun 1985. Pada masa itu siri paling popular di TV ialah McGyver hinggakan semua budak lelaki hendak menjadi sepertinya. Siri alih bahasa Jepun pun mula popular. Bermula dengan Oshin, The Ninja, Meoro Attack dan lain-lain.

Abah beli TV berwarna pertama pada tahun 1987, jenama Sharp kalau tak silap aku. Itu pun sebab TV lama yang hitam putih itu tak dapat menerima siaran TV3. Jadi kenalah upgrade. Selama TV3 bersiaran sejak 1985, 2 tahun Aku menumpang rumah jiran untuk menonton cerita McGyver :) selepas balik dari mengaji.

Di alam persekolahan, kasut sekolah jenama Bata (Badminton Master) dan Bata BM2000 merupakan kasut paling popular masa sekolah rendah. Kasut jenama Panda, Pallas Jazz dan Warrior pilihan pelajar lelaki di sekolah menengah. Bagi yang mempunyai kemampuan Aliph menjadi pilihan. Beg sekolah juga mempunyai trend. Sekitar 1985, beg sandang bahu dan dilengkapi dengan strap dari tali gitar amat popular. Semasa di sekolah menengah Beg sandang belakang jenama UMBRO menjadi pilihan.

Mcdonalds pertama di Johor di buka pada tahun 1985 di Holiday Plaza, Johor Bahru. Beef Burger dan French Fries adalah pesanan pertama Aku di situ. Beef Burger RM 0.99 pada masa itu. Pergi ke Holiday Plaza selepas Hari Raya kerana semasa Hari Raya dapat Collection banyak, setelah habis satu Kg Majidee aku round. Makanan ringan yang paling popular ialah Kaka- Rm 0.20 sen, Ding Dang – Rm 0.50 sen dan Popo (ada logo baby kat plastik pembungkus) RM0.05 sen sebungkus. Ding Dang dan Popo masih ada di pasaran Malaysia sehingga kini.

Gadget paling advance yang ada pada zaman itu untuk budak-budak ialah “Game N Watch”, keluaran Nitendo dan jam tangan digital Casio. Game N Watch masa itu harganya sangat mahal. Di Malaysia tak diimport masuk. Kalau nak beli, terpaksa ke Singapura. Aku pernah minta permainan itu dari Abah tapi seperti dijangka, jangan mimpi la nak dapat. Takkan nak beli permainan semahal itu untuk budak-budak. Kalau sekarang ini Game N Watch itu dah setaraf Playstation 2. Zaman itu juga popular dengan jam tangan digital Casio. Bagi ibu bapa yang berkemampuan pasti akan belikan anak mereka jam tangan tersebut. Harganya pun hmmm.. agak mahal juga. Aku dapat jam digital pertama tanpa jenama buatan Hong Kong setelah dapat nombor 1 dalam exam masa sekolah rendah. Hadiah daripada Abah.

Semasa kecil di Johor, ketika berusia 6 atau 7 tahun, Aku masih ingat zaman itu “pantang” buka TV Waktu Maghrib. Ibu bapa pada masa tersebut sangat berdisplin. Kalau tak mahu kena penampar janganlah sentuh TV waktu itu. Pada zaman itu juga, kalau ada hujan, guruh dan kilat, emak akan sibuk menutup cermin dengan kain. Kemudian mengeluarkan biskut lemak untuk di celup kedalam air teh panas…dan makan bersama-sama. Kalau nak tidur pula, jangan la nak mengada-gada nak letak bantal kat kaki ataupun duduk atas bantal, katanya nanti kena bisul. Jangan buka payung dalam rumah nanti ada ular masuk rumah! Sekarang siaran TV pada waktu Maghrib sangat meriah, Doreamon, Sinchan dan drama melayu ditayangkan. Rasanya tiada orang yang tutup TV masa maghrib sekarang..

0 Responses to Generasi X

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive