SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

First day in VCS........." Makan Time"

Di tulis oleh Encik Anif 16 May 2006

Aku pun tak tau la macam mana aku boleh minta nak masuk Vokasional Perdagangan JB. Mungkin nama sekolah tue agak menarik dan unik..agaknya la.. Sebenarnya Aku tak kisah dapat sekolah mana pun asalkan dapat keluar dari Felda tempat Aku tinggal tue. Tapi yang paling penting Aku telah pun diterima masuk ke sekolah tue. Gembira la jugak! Tak sia-sia Aku belajo penat-penat masa SRP dulu. Walaupun tak secemerlang mana.. boleh la untuk banggakan diri sendiri...ha! ha!!

Hari pertama kat Asrama memang sedih aa..maklum la Aku bukanya pernah tinggal jauh dari Mak & Abah. Lepas Mak, Abah & adik-adik balik barulah terasa sayunya.. Lepas berkemas & mandi, masa makan pun sampai...hek ele..kena beratur la pulak time nak makan!!

First time makan kat Dewan Makan VCS memang konpius la.. maklum lah kena makan guna tray. Yang paling mengkonpiuskan Aku ada pulak buah tembikai susu atas tray tue.. Ahaaa seumur hidup Aku tak pernah makan buah tue...kat VCS baru jumpa ke!ke!ke!! Orang dewan makan tue served buah tue dengan kulit sekali aa. Since Aku tak pernah makan buah tue...Aku pandang la sekeliling... Aku pandang sebelah dan tanya orang sebelah aku.. "Eh cam mana nak makan buah nih?" Orang sebelah aku jawab; "Aku pun tak pernah makan buah nih?" Kah! kah! kah!..aku ingat aku sorang jer jakun rupanya orang sebelah aku pun sama... Tapi bila aku jeling kat budak senior makan...barulah aku tau..cara-cara melantaknya.

Alhamdulillah..apa yang ada dalam tray telah berjaya diselesaikan :) kecuali sisa kulit tembikai susu tue.. Aku pandang orang depan aku..aku pandang orang sebelah kiri aku..semuanya sama macam aku. Tapi tah macam mana aku boleh terperasan pulak kat sebelah kanan aku ada la sorang mamat nih..tray dia clear!! Aku tanya dia; "Mana pegi kulit tembikai susu tadi?" Selamba jerr dia jawab; "Aku dah makan semua.."Kah! kah! kah!....lagi sorang jakun aku jumpa kat VCS :)

Kalau tak silap aku manusia-manusia yang duduk makan dekat aku pada masa tue Azmidin & Saafee. Yang makan tembikai susu ngan kulit-kulit dia tue, Saafee :) Maklum la orang kampung macam Aku, Azmidin & Saafee mana pernah jumpa buah-buahan eksotik nih :) Azmidin - berjaya contact dia ari tue.. Sekarang nih dia bekerja di Senai. Si Saafee nih sampai sekarang tak dengo khabar berita langsung..

0 Responses to First day in VCS........." Makan Time"

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive