SMTPJB Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985 Guru @SMTPJB SMTPJB

Alumni tangani gejala disiplin sekolah - Utusan Malaysia

Di tulis oleh Encik Anif 04 May 2006

Rencana

Alumni tangani gejala disiplin sekolah


PERUNTUKAN RM6.1 juta bagi melaksanakan program tambahan di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Di Sekolah yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini cukup besar sebenarnya.

Bayangkanlah peruntukan sebesar itu diperlukan untuk menangani masalah disiplin pelajar, seolah-olah menggambarkan besar jugalah masalah disiplin di sekolah.

Keprihatinan kerajaan ini ada asasnya kerana remaja sekolah di kala ini adalah bakal penggerak era Malaysia Maju pada 2020.

Masalah disiplin di sekolah sebenarnya bukan perkara baru. Sejak wujud institusi yang bernama sekolah di negara ini, sejak itulah masalah disiplin pelajar berlaku. Bezanya masalah disiplin 20 tahun yang lalu, sebagai contoh tidak diperbesarkan oleh media.

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran, terdapat sembilan langkah proaktif dan drastik yang telah dan akan diambil oleh kementerian untuk menangani gejala ini.

Apa yang diperhatikan langkah-langkah seperti yang direncanakan oleh kementerian, banyak yang berbentuk menambah tekanan kepada pelajar yang bermasalah itu sendiri.

Pada pandangan saya, pelajar bermasalah ini perlu didekati dengan mengambil tahu mengapa mereka terjebak ke dalam gejala keruntuhan disiplin di sekolah.

Dengan kata lain, mereka perlu didekati dengan cara berkawan kerana pelajar bermasalah ini akan lebih memberontak apabila perangai mereka hendak diubah dengan cara paksa.

Menangani

Persatuan bekas pelajar atau alumni perlu berperanan menangani gejala disiplin di sekolah. Bekas pelajar bolehlah diberikan mandat oleh kementerian untuk turut sama membanteras masalah disiplin ini. Saya merasakan hampir semua persatuan bekas pelajar akan menyambut baik cadangan ini.

Alumni akan berterusan ingin menjaga nama baik sekolah mereka.

Tiada satu pun alumni di negara ini yang mahukan bekas sekolah mereka terkenal dengan ‘sekolah jahat' atau sekolah bermasalah.

Mungkin alumni boleh memperuntukkan masa seminggu sekali untuk memberi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah disiplin ini dengan pihak sekolah ‘menyediakan’ senarai pelajar bermasalah untuk pertemuan dari hati ke hati.

Kaedah mempertemukan bekas pelajar dengan pelajar sekolah itu sendiri akan membuatkan pertemuan itu seperti adik dan abang, ataupun anak dan bapa.

Pelajar yang bermasalah itu sebenarnya akan lebih hormat kepada wakil alumni kerana mereka (alumni) adalah senior mereka.

Berikut adalah pengalaman saya sewaktu terlibat dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor beberapa tahun yang lalu. Kami pernah bertemu dan berbual dengan remaja bermasalah di sekolah seperti ponteng, terlibat dengan kumpulan kongsi gelap dan ‘bohsia’.

Ada pelajar sudah boleh berkata, “buat apa belajar tinggi-tinggi. Si polan tu belajar sampai darjah enam sahaja tapi kaya-raya”. Lebih dahsyat lagi mentaliti remaja sekarang apabila ada yang berkata, “Buat apa belajar, abang saya sekolah sampai tingkatan tiga, tetapi banyak duit. Saya nanti hendak ikut abang saya kerja tukang tarik kereta”.

Lebih pening lagi apabila ada remaja perempuan yang tidak mahu sekolah dengan cara melanggar disiplin di sekolah supaya mudah beliau dibuang sekolah. Pelajar ini memangnya mahukan dirinya dibuang dari sekolah. Apabila ditanya kenapa, jawabnya saya hendak cari duit sendiri sebab hendak beli telefon bimbit baru dan alat solek yang mahal. Beliau hendak ikut rakannya yang banyak duit hasil kerja di kelab malam.

Pelajar sekarang sebenarnya ada yang sudah ‘dirasuk’ oleh faktor kebendaan dan kesenangan. Di hadapan mereka sudah dilihat tanpa pelajaran yang tinggi pun manusia boleh bersenang-lenang dengan membuat kerja ‘panas’. Pada mereka wang ringgit adalah segala-galanya tanpa mempedulikan nilai wang tersebut sama ada halal atau haram.

Saya merasakan semasa kita di sekolah dahulu pun bukannya baik sangat. Pasti ada yang melanggar disiplin sekolah seperti merokok dan ponteng sekolah. Ini realiti dan hakikat sebenar dan janganlah kita berpura-pura. Seperti yang saya perkatakan di atas, darjah dan tahap melanggar disiplin semasa kita bersekolah dengan remaja sekarang amat jauh berbeza.

Mungkin pelajar yang bermasalah ini akan terbuka hatinya untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran apabila dinasihatkan oleh senior dengan pendekatan bersahaja atau bersantai semasa sesi kaunseling berlaku.


- SHAIFUL BAHRI SAIDIN

Sekinchan, Selangor.

0 Responses to Alumni tangani gejala disiplin sekolah - Utusan Malaysia

Hi

Selamat datang ke Projek Wachaaaaaaaa! Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menemui komuniti ini di Cyberspace. Sila tinggalkan komen pada posting dan jika sudi marilah ber"live" chat dengan rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

Listed @

CCleaner - Freeware Windows Optimization Use OpenOffice.org Free PageRank Checker

Album

Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami Sekolah Kami

Blog Archive