Personaliti Puteri: Strategi, program tarik generasi muda mesti dinilai semula
Azura Mohd Afandi |
SAYAP Puteri masih tidak terlewat untuk berazam menjadikan perhimpunan kali ini sebagai ruang muhasabah diri dan lebih memfokuskan kepada pengisian untuk menarik pengundi muda bagi memastikan Umno kembali kukuh dan menang pilihan raya akan datang.
Harapan itu disuarakan perwakilan Puteri Umno Johor Bahru, Azura Mohd Afandi yang jelas tidak mahu terus kecewa apabila sesetengah pihak mempertikaikan prestasi parti itu pada pilihan raya lalu dan mengaitkannya dengan Puteri.
Sumber : Berita Harian (25 Mac 2009)
Azura ni sebenarnya salah sorang bekas pelajar SMVP/SMTP Batch 96/97. Pernah satu dom dengan saya, Dom Melati masa Form 5. Dom kami tu plak separuh junior separuh lg senior. Tapi kami dari kelas berlainan, klu tak silap dia dulu 5 Pica..
Azura Mohd Affandi name penuhnya tapi kami lebih mesra memanggilnya Zura Affandi sebab time tu batch kami ade banyak Zura. Kalau diimbas kembali waktu persekolahan dulu.. Zura ni tak banyak kerenah orangnya dan mudah mesra. Juniorpun senang dengan sikap dan personaliti dia. Tak sangka pula sekarang dah jadi Puteri Umno Johor Bahru.
Gambar dulu waktu zaman sekolah bersama2 rakan dom. (Zura berdiri 3 dari kanan, yg paling tinggi tula)
Ada juga yang jadik "politician" yek :D
waa.. ni kira senior saya laa nih.. budak2 yg duk kat depan tu seme kawan2 sebatch saya.. ;)